Tuesday, July 15, 2008

Profil Taman Asuhan Kanak-Kanak



Profil
Taman Asuhan Kanak-Kanak
Yayasan SultanHaji Hassanal Bolkiah

Penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah merupakan salah satu pelaburan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam bidang pendidikan iaitu dengan menawarkan perkhidmatan pendidikan swasta di negara ini bagi memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan serta perkembangan tenaga manusia selaras dengan falsafah pendidikan Negara Brunei Darussalam.

Bangunan Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah terletak di Jalan Kebangsaan, Sungai Akar dan mula beroperasi pada bulan Februari 1998 dengan menyediakan perkhidmatan pendidikan bagi Taman Bimbingan (Nursery) dan Taman Asuhan (Kindergarten).

Rekabentuk bangunan taman asuhan ini mengabungkan teknologi moden dan identiti tersendiri serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan terkini untuk memberi suasana pengajaran dan pembelajaran yang sempurna.

Misi Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang boleh membentuk perkembangan kanak-kanak yang seimbang dari segi emosi, sosial dan intelek supaya mereka akan menjadi individu yang positif dan berkeyakinan terhadap kebolehan diri sendiri sebagai persiapan bagi menghadapi persekolahan formal di peringkat rendah.


Objektif / Tujuan Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah:-

  • Membentuk perkembangan dan pembangunan jasmani dan rohani kanak-kanak supaya menjadi ahli masyarakat yang berguna berdasarkan nilai-nilai falsafah Melayu Islam Beraja (MIB);
  • Memberikan pendidikan seimbang supaya kanak-kanak menjadi individu yang bertanggungjawab dan seimbang dari segi sosial, emosi dan intelek;
  • Menanamkan dalam diri kanak-kanak akan budaya Melayu, Islam sebagai cara hidup, taat setia kepada Sultan dan Negara;
  • Mengadunkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak supaya potensi mereka dapat dicungkil dan diperkembangkan mengikut keupayaan diri masing-masing.

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah juga merancang untuk membina beberapa buah taman asuhan di seluruh negara.

Keterangan lanjut mengenai dengan Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah boleh didapatkan melalui laman web Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

http://www.yshhb.org.bn/html/pa/taska_yshhb.html


Saturday, July 12, 2008

Bahasa Melayu: Buah-Buahan (Suara)

Pelajaran Bahasa Melayu
Nama Buah-Buahan


Soalan: Apakah nama buah ini?


Jawapan:












Soalan: Apakah nama buah ini?

Jawapan:











Soalan: Apakah nama buah ini?

Jawapan:











Soalan: Apakah nama buah ini?

Jawapan:











Soalan: Apakah nama buah ini?


Jawapan:










Thursday, July 10, 2008

Lagu Kalau Suka Makan Buah Badan Sihat

Lagu Kalau Suka Makan Buah Badan Sihat

Kalau suka makan buah badan sihat

Kalau sukan makan buah otak cerdas

Siapa makan buah badan menjadi sihat

Badan sihat otak pun cerdas









Wednesday, July 9, 2008