Sunday, July 20, 2008
Tuesday, July 15, 2008
Profil Taman Asuhan Kanak-Kanak

Profil
Taman Asuhan Kanak-Kanak
Yayasan SultanHaji Hassanal Bolkiah
Penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah merupakan salah satu pelaburan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam bidang pendidikan iaitu dengan menawarkan perkhidmatan pendidikan swasta di negara ini bagi memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan serta perkembangan tenaga manusia selaras dengan falsafah pendidikan Negara Brunei Darussalam.
Bangunan Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah terletak di Jalan Kebangsaan, Sungai Akar dan mula beroperasi pada bulan Februari 1998 dengan menyediakan perkhidmatan pendidikan bagi Taman Bimbingan (Nursery) dan Taman Asuhan (Kindergarten).
Rekabentuk bangunan taman asuhan ini mengabungkan teknologi moden dan identiti tersendiri serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan terkini untuk memberi suasana pengajaran dan pembelajaran yang sempurna.
Misi Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang boleh membentuk perkembangan kanak-kanak yang seimbang dari segi emosi, sosial dan intelek supaya mereka akan menjadi individu yang positif dan berkeyakinan terhadap kebolehan diri sendiri sebagai persiapan bagi menghadapi persekolahan formal di peringkat rendah.
Objektif / Tujuan Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah:-
- Membentuk perkembangan dan pembangunan jasmani dan rohani kanak-kanak supaya menjadi ahli masyarakat yang berguna berdasarkan nilai-nilai falsafah Melayu Islam Beraja (MIB);
- Memberikan pendidikan seimbang supaya kanak-kanak menjadi individu yang bertanggungjawab dan seimbang dari segi sosial, emosi dan intelek;
- Menanamkan dalam diri kanak-kanak akan budaya Melayu, Islam sebagai cara hidup, taat setia kepada Sultan dan Negara;
- Mengadunkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak supaya potensi mereka dapat dicungkil dan diperkembangkan mengikut keupayaan diri masing-masing.
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah juga merancang untuk membina beberapa buah taman asuhan di seluruh negara.
Keterangan lanjut mengenai dengan Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah boleh didapatkan melalui laman web Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
http://www.yshhb.org.bn/html/pa/taska_yshhb.html
Monday, July 14, 2008
Sunday, July 13, 2008
Saturday, July 12, 2008
Bahasa Melayu: Buah-Buahan (Suara)
Friday, July 11, 2008
Thursday, July 10, 2008
Lagu Kalau Suka Makan Buah Badan Sihat
Lagu Kalau Suka Makan Buah Badan Sihat
Kalau suka makan buah badan sihat
Kalau sukan makan buah otak cerdas
Siapa makan buah badan menjadi sihat
Badan sihat otak pun cerdas
Wednesday, July 9, 2008
Thursday, July 3, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)